-->

Pengalaman Di Rumah

Inilah pengalaman Kimi dan isteri di rumah kami dua bulan lalu. Alhamdulillah setelah dipagar rumah oleh pakar, kami dah tidak diganggu., hampir 3 bulan kami meninggalkan rumah kami di Sengkang untuk bekerja di Malaysia. Pulang balik Singapura sekali dalam seminggu. Itu pun balik rumah mak mentua di CCK.

Dua bulan lalu, kami pulang dan duduk di rumah sendiri sebab isteri harus bekerja, kalau rumah kami senang nak dapat pengkutan awam dan dekat dengan rumah kami. Bayangkan setiap malam khususnya malam Selasa ada saja gangguan yang kami akan lalui. Pertama bila isteri ke dapur dan sedang membersihkan alat sinki. Dia terpekik, kerana terkejut dah berkali lampu kami mati dan hidup dengan sendirinya. Kalau sekali dua mungkin wayar dalaman rosak, tapi hairan, rumah kami dah hampir 3 bulan lebih ditinggalkan dan baru duduk tak kan wayar dalaman rosak?


Kimi terus menukar lampu. Beberapa jam kemudian, ketika Kimi sedang membuang air di tandas luar, saya terhidu seakan ada bau kemenyan di ruang rumah saya. Bila hidupkan lampu saya tak nampak sesiapa pun. Kimi teruskan hajat dengan keadaan takut terpaksa beranikan diri sebab takut isteri pula takut. Malam Selasa seterusnya, saya ke kedai untuk membeli makanan, hanya 15 minit perjalanan, sebab rumah kami jauh dari jalan raya dan LRT. Isteri Kimi terasa bosan di bilik dan menonton televisyen. Tiba-tiba, dan inilah yang isteri Kimi ceritakan, dia terperasan ada kepala wanita sedang terjenguk-jenguk di tingkap ruang rumah kami.

Isteri Kimi mulanya tak nak ingat apa2 pun sebab mungkin panadngan pertama itu permainan mata saja. Lama-kelamaan, mata si isteri saya ni asyik terjeling-jeling entah mengapa, dia terlihat terpandang ada kepala wanita yang dia ingat mulanya hanya mainan mata, betul-betul di luar tingkap kami sedang bergerak kiri kanan. Dia tak sempat nak tutup langsir, terus cabut lari ke bilik, kunci pintu dan buka surah Yasin di alat pemain CD sekuat-kuatnya. Nasib baik hari tu anak kami berusia setahun tiada bersama kami. Bila Kimi pulang, Kimi terkejut mukanya pucat lesi dan menggigil satu badan. Keesokan hari Kimi minta air dari Masjid BaƔlwie. Syukurlah dia tak ada apa2.

Kami ingat sudah selesai, tetapi terakhir kalinya, minggu ketiga hari Selasa jam 10 malam, setelah selesai jamuan malam bersama keluarga di rumah dan setelah semua pulang, hanya kami bertiga. Kimi pun letakkan anak di "kandang" mainannya (playpen) di tengah-tengah ruang rumah untuk bermain, sementara Kimi ke stor simpan set bufet dan isteri ke dapur untuk cuci pinggan mangkuk. Sejam kemudian anak kami terlena kami masih buat kerja rumah. Tiba-tiba terdengar suara sayu sangat di tingkap ruang tamu, sangat sayu seakan sedang menangis dan kami terperanjat, isteri baik-baik cuci pinggan mangkuk, pinggan mangkuk terjatuh berkecai dibuatnya.

Kami bergegas, tingkap yang kami tutup rapat, terbuka secara tiba-tiba. Belum sempat nak bergegas menutup tingkap isteri terpekik, "Abang tu tu ada pocong dekat sebelah 'playpen' Mimi!!!" Wajahnya hodoh sekali, berkedut dan bau pacai serta berbungkus kain putih berlumuran tanah. Isteri terpaksa tunduk bawah terus ke "playpen" anak kami. Isteri macam nak pengsan terpaksa dia kuatkan juga semangat dan cekup anak lari lintang-pukang keluar rumah tanpa dikunci. Bila ditanya jiran ketika di kolong blok, kami terpaksa buat bodoh dan bergegas masuk di dalam teksi yang kebetulan berada di situ.

Kami pulang ke rumah mentua dan dari rumah mak mentua kami telefon kakak sebelah rumah untuk tolong tutupkan pintu dan menceritakan hal sebenar. Nasib baik kakak tu tahu hal ni terlebih dulu dari kami. Dia pun diganggu tetapi sudah dipagar oleh ustaz. Nasib baik abang, suami kakak jiran sebelah, malam tu juga menelefon ustaz dan suruh halau benda tu. Pada esok harinya ustaz yang halau benda ni berkata, "Rumah ni dah lama dikosongkan dan rumah ini dah dihuni beberapa makhluk. Sudah menjadi rumahnya dan kerana itu bila kalian pulang, mereka marah kerana rumah itu mereka yang punya. Mereka tak suka, jadi cara inilah membuat kalian takut."

Sejak malam itu, bapak mentua dan abang ipar ke rumah kami bermalam dan berzikir tanpa putus-putus, walaupun terus diganggu. Beberapa pakar datang dan pagar rumah serta kami buat kenduri doa selamat. Saat itu hingga kini bila kami tiada di rumah, tiga hari dalam seminggu ibu mentua dan adik-beradik isteri akan tidur bermalam dan sambil itu berjemaah di rumah itu. Alhamdulillah, tiada gangguan menurut isteri saya. Bayangkan kalau isteri pengsan, saya pula jauh dari "kandang" mainan anak saya, mungkin juga anak kami diganggu...

LihatTutupKomentar